Monday, April 22, 2013

SUPPLEMEN DAN PENYUSUAN SUSU IBU

Seandainya anda mengambil supplemen untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk membanyakkan susu ibu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sentisa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dan secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja.

Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu.
Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu
LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN.

Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan dibawah dengan penuh disiplin dan konsisten.
1. Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung ATAU bagi ibu yang bekerjaya, membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.
2. Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3L sehari dan memastikan tidak berdiet dalam menjayakan penyusuann lengkap buat si manja.
3. Si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititiberatkan. Bagi muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyuskan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.

*ALFAFA tidak boleh diambil oleh pesakit SLE


Alfafa Complex

- Kaya dalam nutrisi dan mineral surih
- Mengurangkan toksin
- Melegakan rasa kebas dan sakit sendi
- Merendahkan kolestrol
-Mengandungi enzim penting untuk penghadaman makanan.

B-Complex
-Menggalakkan kesihatan jantung, metabolism tenaga dan replikasi DNA yang sihat.
- Menukarkan makanan menjadi tenaga
- Mengurangkan symptom kemurungan dan tekanan
- Meningkatkan fungsi otak.

Vita-C
- Anti-oksidan semulajadi
- mengekalkan integriti sel
-Menggalakkan gigi,gusi, tulang, otot dan salur darah supaya sihat
-Menolong mengurangkan symptom alergi

Vita-Lea
- meningkatkan kecerdasan mental dan ketahanan dari jangkitan
- Menolong fungsi normal penghadaman dan selera makan
-Penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan


DAPATKAN HARGA MENGIKUT BAJET ANDA!

contact me : watie ( whatsapp 0193229739) or email : mornizawati@gmail.com
Mornizawati Abdullah  860750
Independent Distributor Shaklee







Sunday, April 21, 2013

Healing Crisis

Salam semua, moga anda bersama ahli keluarga tercinta berada dalam limpahan-Nya.

Hari ini saya akan bercerita mengenai Healing Crisis atau pun dalam bahasa melayunya kesan mengambil supplement. Kes ini mungkin akan terjadi kepada sesiapa yang kali pertama mengambil supplement. Ianya terjadi kepada saya juga sewaktu kali pertama consume supplemen shaklee.

Sewaktu kali pertama saya mengambil supplement Shaklee, saya telah menghadapi pening-pening. Pening-pening ini berlaku kerana badan saya sedang menghadapi Healing Crisis. Kenapa pening, ini kerana masalah saya ialah saya mempunyai Migrain akan berkunjung tiba setiap bulan. Tetapi saya terus mengambil supplemen Shaklee macam biasa , minum air 4 Liter dan bersabar. Alhamdulillah badan saya kembali normal selepas 3 hari.

Simptom-simpton kena helaing crisis mungkin berbeza dengan orang lain. Jadi boleh tgk jadual dibawah bagi melihat beberapa jenis Healing Crisis


check simptom HEALING CRISIS yang anda alami.

Ia adalah satu petanda yang SANGAT BAIK, healing crisis adalah proses penyembuhan tubuh anda.

cara hadapinya:-
- teruskan pengambilan vitamins
- minum air banyak ( >4L sehari)
- bersabar

insya-Allah anda akan rasa lebih baik





contact me : watie ( whatsapp 0193229739) or email : mornizawati@gmail.com
Mornizawati Abdullah  860750
Independent Distributor Shaklee

Saturday, April 20, 2013

Jadual Makan Vitamin Shaklee

 

Salam semua,
 
Dah makan vitamin hari nih? Dah beli vitamin byk2..so time bila uols makan vitamin tuh.
Walaupun kdg2 kita consume supplemen banyak-banyak but kalu salah cara pengambilannya mungkin akan menyebabkan keberkesanan supplemen tersebut kepada kurang atau tidak. Ataupun mungkin kita akan mendapat kesan sampingan yang lain pulak.
 
Berikut adalah panduan atau jadual pengambilan supplemen anda. Diharapkan ianya menjadi panduan kepada anda sewaktu membuat jadual pengambilan supplemen anda.
 
 
VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil sebelum tidur bersama segelas susu

*APA YANG TAK DIGALAKKAN : Elakkan pengambilan alfafa bersama vitamin E kerana akan mengganggu penyerapan vitamin E

Berikut adalah jadual pemakanan Vitamin Shaklee yang asas yang kepada yang baru nak start mkn supplemen:

Selepas breakfast : B Complex, Vita C, Vitalea

Morning tea break: Minum segelas ESP (Kalau tiada ESP..boleh gantikan dengan Cinch Shake/ MealShake)

Selepas Lunch : Alfalfa ( 3-6 biji) * yg ni ikut badan masing..sebab ada yang mkn 2 pg,2 ptg,2mlm..ada plak yg 3 pagi..3 ptg.

Afternoon teabreak : Minum segelas ESP

Selepas Dinner : Yang jenis berkapsul~Lecitin/Omega/Vitamin E (Jika Ada)

Sebelum tidur :Ostematrix
* Jadual ini flexible .. bergantung kpd individu ..cuma nasihat saya….. jangan mkn semua sekaligus…dan pastikan sehari pengambilan air putih adalah sebanyak 3-4liter sehari.


contact me : watie ( whatsapp 0193229739) or email : mornizawati@gmail.com

Mornizawati Abdullah 860750

Independent Distributor Shaklee
                                          
Source: http://jagabadan.net/jadual-makan-vitamin/

Friday, April 19, 2013

Tingkatkan imuniti badan anda dengan Nutriferon Shaklee


NutriFeron terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun. NutriFeron menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri.
Apakah interferon? Interferon ditemui oleh Dr. Yosuhiko Kojima pada tahun 1954, iaitu bahan semulajadi yang dihasilkan oleh setiap sel badan. Ianya diaktifkan setiap kali sel dijangkiti oleh mikrob, virus, sel kanser dan lain-lain

Siapa yg perlukan Nutriferon

1. Sesiapa sahaja yang berumur melebihi 12 tahun yang gaya hidupnya amat sibuk, tekanan gaya hidup menyebabkan system imun individu ini seringkali mengalami serangan yang berterusan
2. Individu yang ingin proaktif di dalam mengoptimumkan respons imun mereka terhadap iritasi alam sekitar dan juga pencemaran udara
3. Individu yang ingin mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum
4. Individu yang berumur, yang sedemikian terdedah kepada kekurangan imuniti
5. Individu yang diet mereka tidak optimum
6. Individu yang sering tertekan/hidup dalam tekanan
7. Individu yang gaya hidupnya tidak/kurang aktif

Kenapa perlu Nutriferon?

Untuk kegunaan harian, NutriFeron meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan iaitu suatu pengaktif kritikal sistem imun.

NutriFeron berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu
- Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat
- Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.

Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius dan penyakit.

Oleh itu, amat perlu bagi kita untuk menolong badan kita membantu diri kita sendiri dan itulah tujuan Nutriferon; untuk merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dsb.

Kenapa Nutriferon Shaklee?

1. Meningkatkan tahap interferon secara semulajadi – saintis telah mengenalpasti interferon sebagai satu faktor penting penyumbang kepada fungsi imun yang sihat. Nutriferon adalah satu-satunya supplemen tambahan di US yang dihasilkan oleh immunologist yang menjumpai interferon yang meningkatkan pengeluaran interferon di dalam badan secara semulajadi.

2. Dihasilkan oleh individu yang menjumpai Interferon - Dr. Yasuhiko Kojima, imunologi dunia yang terkenal yang telah menemui interferon pada tahun 1954, telah melakukan penyelidikan berdedikasi selama empat puluh tahun untuk mencari sebatian semulajadi yang akan memberi rangsangan kepada pengeluaran interferon. Nutriferon daripada Shaklee adalah satu-satunya supplemen perlindungan di US.

3. Penyelidikan selama 40 tahun – selepas 40 tahun melakukan ujian yang teliti dan melibatkan percubaan bertan-tan kandungan sebatian semulajadi dan herba, Dr. Kojima membangunkan campuran unik empat elemen berkuasa sayur-sayuran yang meningkatkan pengeluaran semulajadi interferon badan.

4. Campuran interferon yang dipatenkan – elemen tumbuh-tumbuhan penggalak. NutriFeron mempunyai MACH, 1 campuran interferon drpd ekstrak tumbuhan yg telah dipatenkan formula ekslusif yang mengandungi ekstrak labu, ekstrak safflower, ekstrak benih Asian Plantain dan ekstrak bunga Japanese Honeysuckl.
5. disokong oleh 4 kajian klinikal ke atas manusia- 4 kajian klinikal yang dikeluarkan mengesahkan kesihatan luarbiasa dan sokongan imunisasi hasil manfaat daripada campuran ekstrak proprietari yang ditemui di NutriFeron.

6. Formula eksklusif dilindungi oleh tiga paten - Nutriferon disokong oleh tiga paten dan hanya boleh didapati melalui Shakee dan Independent Distributor Shaklee sahaja. Formula yang unik dan berpaten ini hanya eksklusif di Shaklee.

7. Dibuat menepati piawaian kualiti yang terbaik – supplemen tambahan yang berkesan, NutriFeron telah melalui ujian sistematik yang ketat untuk keselamatan, kesucian, potensi, dan prestasinya.


contact me : watie ( whatsapp 0193229739) or email : mornizawati@gmail.com

Mornizawati Abdullah  860750
Independent Distributor Shaklee

Thursday, April 18, 2013

Manfaat Vitamin B Complex



Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga


Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.



Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.



KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.

3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6. Mencegah stress.

7. Menguatkan antibodi tubuh.

8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia.


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tambahan tenaga.


KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).



contact me : watie ( whatsapp 0193229739) or email : mornizawati@gmail.com

Mornizawati Abdullah  860750
Independent Distributor Shaklee

Wednesday, April 17, 2013

Pentingnya prenatal vitamin kepada ibu mengandung

salam semua,

Entry kali ini nak bercerita mengenai kepentingan prenatal vitamin untuk ibu-ibu yang mengandung.


Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin kerana :
- dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil
- mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir
- membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.
- mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.

Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Bukan telan vitamin pastu makan makanan rapu sepanjang 9 bulan kehamilan ya.

Antara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :
  1. Iron - utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.
  2. Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.
  3. Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.
  4. Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.

Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung :
  1. Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.
  2. B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid
  3. Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.
  4. Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)

Boleh juga add on :
  1. Vitamin C
  2. ESP
Tak Digalakkan :
  1. Alfalfa - alfalfa sejenis herba, ditakuti boleh menyebabkan berlaku early contraction / terberanak awal :p. Tapi untuk ibu yang tandem nursing semasa hamil, alfalfa adalah selamat.
  2. Vitamin A - vitamin A penting utk ketahanan tubuh, penglihatan dan perkembangan fizikal, tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000 IU sehari.
  3. Vitamin E - sama seperti Vitamin A, walaupun vitamin E dapat menguatkan rahim (bagus utk ibu hamil) tapi pengambilannya perlu di kawal. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum ambil vitamin E semasa hamil.

Apapun, pengambilan prenatal vitamin bukan jaminan tiada sebarang risiko kehamilan. Kita berbalik kepada kuasa Yang Esa, kita hanya berusaha. Analoginya seperti memandu kereta & pakai seat belt, bukan jaminan utk kita tak eksiden tapi kalau berlaku pun mungkin kesannya tak seteruk orang yang tak pakai seat belt kan?
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sebarang pembetulan / pembaikan adalah di alu-alukan. Terima kasih :-)


contact me : watie ( whatsapp 0193229739) or email : mornizawati@gmail.com
Mornizawati Abdullah 860750
Independent Distributor Shaklee

Monday, April 15, 2013

Collagen Terbaik by Shaklee! Rahsia kecantikan kulit terbaik!





Apa itu Kolagen ?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buah pinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

  • Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi

  • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata

  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim

  • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.


FUNGSI KOLAGEN

  • menghasilkan asid amino  penting seperti :
  • lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN

  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.


TANDA TANDA PENUAAN

  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit 
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan

KOLAGEN YANG DIAMBIL SEBAGAI SUPLEMEN MAKANAN

  • Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung
  • Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
  • Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
  • Berat molikul rendah daripada 1000 adalah  lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
  • Menyediakan  predigested collagen  telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
  • Kolagen ikan  dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
  • Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
  • Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
  • Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk  pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
  • Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..
  • Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
  • Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
  • Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak  diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
  • Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
  • Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya meleBmbapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
  • Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
  • Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
  • Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
  • Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
  • Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
  • Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
  • Ia membantu menegang kulit dalam  melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
  • Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
  • Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

jom cuba collagen by Shaklee!

contact me : watie ( whatsapp 0193229739) or email : mornizawati@gmail.com

Mornizawati Abdullah  860750
Independent Distributor Shaklee