Monday, December 31, 2012

Apakah Makanan Tambahan?

pakah yang dimaksudkan dengan makanan tambahan?

Menurut Food and Drug Administration (FDA), makanan tambahan ialah makanan kesihatan yang mengandungi vitamin dan mineral dalam bentuk pil, cecair atau minuman herba. Mengambil makanan tambahan tidaklah salah terutama untuk wanita yang menghadapi masalah haid yang terlalu banyak, mengandung atau bersalin dan usia lanjut. Namun, anda perlu berhati-hati untuk memilih jenis produk makanan kesihatan.


Kelebihan makanan tambahan

            Penghasilan makanan tambahan yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan turut menimbulkan persoalan kepada pengguna. Mereka sering bertanya atau ingin tahu apakah kepentingan dan keperluan mengambil makanan tambahan memandangkan masih ramai yang kabur tentang fakta terhadapnya.

Secara amnya, makanan tambahan dapat memulih dan memelihara kesihatan individu. Memandangkan gaya hidup yang kurang bergerak dan pemakan yang tidak seimbang menyebabkan mereka mengalami penyakit yang menjejaskan kehidupan. Makan tambahan juga dikenali sebagai “makanan berfungsi”, mengandungi bahan lengkap pada asasnya seperti protein, enzim, organik, glukos dan hormon.

Selain itu, pengambilan makanan tambahan berfungsi untuk menyingkirkan toksik dalam badan iaitu dengan mengurangkan kerosakan tisu-tisu dalam badan. Makanan tambahan juga dapat meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan seharian. Contohnya, dengan mengambil makanan tambahan yang mengandungi cendawan gano.

Bagaimana seseorang individu boleh mengamalkan pengambilan makanan tambahan?

Pengambilan makanan tambahan sebaik-baiknya dimulakan dari peringkat awal, iaitu ketika masih kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, mereka turut mewarisi pemakanan tidak seimbang dalam keluarga dan perlu diteruskan sehingga tua. Keperluan orang tua terhadap pengambilan makanan tambahan biasanya lebih banyak berbanding golongan muda kerana mangalami masalah kesihatan.

            Bagi seseorang individu yang mahu memulakan makan makanan tambahan, disarankan mengambil pil multivitamin dengan mineral dan mengandungi 400 mikrigram asid folik. Setelah selesa, barulah mengambil pil kalsium, pil antioksidan seperti vitamin C dan E.

Apapun, adalah penting untuk mendapatkan makanan tambahan yang berkualiti dari segi vitamin dan mineralnya. Jika tidak pasti, anda mungkin boleh merujuk kepada yang pakar seperti doktor.


sumber : http://www.ukm.my/monline/makanan-tambahan1.html

No comments:

Post a Comment